🔮 *TAZKIRAH* 🔮

✨🌿 _Rayuan Ahli Neraka_🌿✨

💕🌿🌸 Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al Qarzi, katanya: bagi ahli neraka ada lima seruan (rayuan).. Empat daripadanya dijawab oleh Allah SWT.. Apabila selesai seruan yang kelima, maka mereka pun berhenti daripada merayu-rayu buat selama-lamanya..

▶ Seruan mereka seperti berikut:

🔴 1⃣ Firman Allah S.W.T:

_”Wahai Tuhan kami, Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali.. Maka kami mengakui akan dosa kami.. Maka apakah ada sebarang jalan untuk keluar (dari neraka)?_
🍀(Surah Ghafir: 11)

🔵 Rayuan ini dijawab oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya:

_”Azab yang kamu hadapi itu adalah kerana keadaan kamu yang apabila kamu diseru kepada Allah yang Maha Esa, maka kamu mengkufuriNya, dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, maka kamu mempercayainya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar._
🍀(Surah Ghafir: 12)

🔴 2⃣ kemudian mereka merayu lagi:

_”Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan terang (apa yang kami ingkari dahulu), maka kembalilah kami ke dunia supaya kami dapat mengerjakan amal-amal yang baik, kerana sesungguhnya kami sekarang ini telah yakin”_
🍀(Surah as-Sajdah: 12)

🔵 Allah membalas seruan mereka dengan firmanNya:

_”Maka rasailah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari ini.. Sesungguhnya Kami pun tidak pedulikan keselamatan kamu lagi, dan rasailah azab yang kekal disebabkan apa yang kamu telah kerjakan”_
🍀(Surah as-Sajdah: 14)

🔴 3⃣ seterusnya mereka merayu lagi:

_”Wahai Tuhan kami, berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-Rasul itu”_
🍀(Surah Ibrahim: 44)

🔵 Allah menjawab rayuan mereka dengan firmanNya:

_”Bukankah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa di dunia) bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”_
🍀(Surah Ibrahim: 44)

🔴 4⃣ mereka terus juga merayu:

_”Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (daripada azab), kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain daripada apa yang telah kami kerjakan”_
🍀(Surah Faatir; 37)

🔵 Rayuan mereka dijawab oleh Allah:

_”Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk befikir dan beringat-ingat bagi sesiapa yang suka berfikir dan beringat-ingat? Dan kamu telah pun didatangi oleh Rasul (kami) yang memberi amaran. Oleh itu rasailah (azab) kerana orang yang zalim tidak akan mendapati sesiapa pun yang memberi pertolongan”_
🍀(Surah Faatir: 37)

🔴 5⃣ akhir sekali mereka merayu dengan berkata:

_”Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu kami telah menjadi kaum yang sesat”_
🍀(Surah al-Mukminun: 106)

🔵 Maka Allah menjawab rayuan itu buat kali terakhir dengan firmanNya:

_”Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatu apa pun) kepadaKu”_
🍀(Surah al-Mukminun: 108)

Dengan jawapan daripada Allah SWT itu, maka putuslah harapan dan rayuan.. Sesetengah mereka memekik-mekik ke arah sesetengah yang lain, kemudian mereka dibisukan.. Allahu 😔😔🌸🌿💕

✨۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞✨
💕🌹Mawar Merah🌹💕

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s